Desakan Hidup
Membaca nukilan rasa a struggling artist tentang subjek di atas, saya terpanggil untuk berkongsi desakan hidup yang dialami this particular lady. Kisah berlaku pada selepas me and my sisters short meet up. As I walking towards my car, I spotted this lady in wheel chair with a number of children by the road side. Semakin dekat jarak saya dengannya, I caught their conversation. The mother was saying to her children, "takde ke orang yang nak tumpangkan kite". As soon as I got into my car, I quickly knew what I needed to do.
I stopped my car by the road side and asked the lady, "Kakak nak ke mane?". "Padang Jawa", she replied. "Masuklah kakak. Tapi sempit la sikit untuk akak dan anak-anak". You see she was with 5 of her 6 children; 3 daughters and 2 sons. Her 10-year-old son and his sister aged 16 helped to get into the car and later lift her wheelchair into my tiny vehicle. As soon as they all got into the car, kami memulakan perjalanan ke Padang Jawa. Sedari tadi I can't help but wonder why and how this lady and her 5 children ended up at Seksyen 14. Antara perbualan saya dengan that lady:
Me: Dari mane ni kak?
Kakak: Dari masjid negeri. Mintak sedekah. Rini kan Jumaat.
Me: Akak dari Padang Jawa, cane boleh sampai ke masjid negeri?
Kakak: Tumpang kawan. Dia pon nak pegi mintak sedekah jgk. Tapi akak cakap dekat dia, "laki ko keje mane boleh mintak sedekah. tak baik tau. lain la aku. suami dah meninggal".
Me: Abis tu nape akak tak balik dengan kawan tadi?
Kakak: Dia dah balik dulu
Me: Kesiannye akak. Suami dah takde
Kakak: Itulah. Kaki akak ni dah kene potong sebab kencing manis. Suami pulak meninggal. Memang tak boleh buat keje ape dik macam ni.
Me: Akak takde dapat bantuan pusat zakat ke?
Kakak: Ade tapi tak cukup dan selalunye pertengahan bulan baru dapat. Mane nak cukup dik. Sewa rumah saje dah berape. Anak-anak sekolah lagi. Bayar van sekolah saje dah berapa. Ade adik beradik pon bukan nak bantu. Buat tak tau je dekat kakak dia ni.
Me: Macam tu la kak bile kite susah takde siape yang nak bantu tapi tunggu esok bile kite senang ramai yang nak menempek. Rumah akak menyewa dekat mane?
Kakak: Rumah akak dekat Klang. Padang Jawa ni menumpang umah makcik sekejap.
Me: Yang sebelah akak tu anak yang tua ye?
Kakak: Tak lah. Ini kak ngah, skang tingkatan 4. Abang long nye dah keje tapi tak duduk skali. Keje di sungai buloh. Sekali sekala dia balik la ke klang. Nak harapkan gaji dia pon berape sangat. Anak akak ni (referring to her 2nd child) cakap nak berenti sekolah, nak cari keje bantu akak. Ye la. Akak ni dah takde kaki tak boleh buat keje ape dah.
Soon after, we arrived at their destination. Sebelum saya tinggalkan 6 beranak di situ, I gave her my name card and some cash after hearing their misfortune. A few weeks later sometimes in Ramadhan, kakak tersebut telephoned me. She said "dik, dah nak raye ni. adik tak boleh bantu akak ke?". My answer to her plead, "InsyaAllah kak kalau ade lebih saya bantu kakak tapi buat mase ni belum dapat bantu kakak".
What have I learned from the above episode? (1) Kawan semase senang, senang dicari tapi kawan semase susah, sangat susah nak cari. (2) Keluarge atau adik-beradik sendiri perlu lebih prihatin keadaan ahli keluarga lain especially those in needs. Bantu setakat mane yang mampu. Mungkin dia segan nak meminta/menagih simpati (3) Orang yang ditimpa kesusahan tu pulak jangan sampai "abuse" your status kesusahan tu. Jangan mengharap 100% kepada bantuan manusia. Perlu berusaha untuk keluarkan diri dari keadaan tersebut. Takkanlah selamenye nak mengharap ehsan orang. (4) Yang pernah susah dan no longer in the state of susah, ape salahnye bantu orang yang pernah menghulurkan bantuan pada kite. Boleh jadi orang yang pernah bantu kite tu tengah sesak bulan tu tapi dia segan/malu nak bagitau sesape. Pastinya sedikit bantuan yang kite beri would be greatly appreciated.
#DiariWardina
Comments
Post a Comment