Kenapa perlu rancang pengurusan harta pusaka?


Ok tak nak citer panjang. Kita terus cerita sebab musabab untuk di atas. Pengurusan harta pusaka ni bukan tunggu mati baru nak buat. By that time dah terlambat dah. You’re already 7 feet under. Nak urus pusaka mendenye? It’s not like you can crawl out of your grave to do your unfinished business. And if that is even possible, akan mengundang pelbagai fitnah pulak. 
So, kenapa mesti rancang sementara masih hidup di dunia? Sebab-sebab dan elaboration nya for each sebab:
1.      Mase masih hidup, harta tu hak pemilik 100%
 Sementara masih hidup kene rancang supaya kite boleh dictate atau tentukan macam mana harta tu nak dibedak-bedak antara anak dan isteri. Paling penting kena bagitau dan explain kepada penerima dengan jelas sebab musabab bahagian dia begini dan begitu. Mungkin ade yang takut penerima ni tak puas hati, so ramai jugak keep this a secret from everyone. Biaqlah depa find out themselves lepas pemilik dah mati. Like I mentioned in my The Unspeakable post, ramai jugak pemilik chose to do this. Perhaps, malas melayan confrontation dari penerima. Tapi sebenarnya sementara kita masih pemilik harta tu lebih mudah untuk kita address this issue sebab hanya kita yang ada jawapan dan sebab musabab kenapa kita buat keputusan begitu. Dan yang paling penting, kalau bagitau dari awal, sapa-sapa masih tak puas hati atau tetap bangkang after your explanation, you have the pleasure of telling them off, “Ini harta bukan kau yang punya. Ini harta aku yang punya. Suka hati mak bapak aku la nak bagi dekat sapa dan banyak mana pon”

2.      Dah tulis wasiat, cukup lah tu

Do you know that, dari setiap 20 kes pusaka yang dibicara hanya 2 kes waris-waris sepakat untuk patuh terma-terma wasiat? May be some of you tertanya kenapa wasiat tu tak boleh terlaksana? Adakah sebab tak buat secara rasmi? Tak hire lawyer? Kalau dah hire lawyer macam mana waris boleh violate pesanan dalam wasiat tu? Bukan ke wasiat tu legally binding? Betul wasiat tu legally binding untuk non-Muslim tapi untuk Muslim, we are bounded by the Law of Inheritance yang tertulis dalam Quran. Macam yang saya tulis in the last para of my post Florence Foster Jenkins, dalam wasiat dah tertulis “pemberian dan pembahagian wasiat saya ini hanya akan terpakai dan dilaksanakan selepas kematian saya sekiranya mendapat persetujuan dan keredhaan waris-waris saya”. This clause diwujudkan supaya wasiat yang dibuat tidak outright hukum dalam Quran. Sebenarnya tak salah pon untuk waris-waris to fulfil pesanan pemilik asal harta tu. Tapi selalunya yang jadi waris violate and chose not to honor pesanan-pesanan dalam wasiat is because tak puas hati dengan pembahagian harta seperti yang pemilik asal requested. Sebab tu penting untuk communicate dengan anak isteri tentang pembahagian tadi when you’re still alive, so that yang tak puas hati tadi tu dapat jawapan dari pemilik as to why he’s not getting apa yang dia rasa patut jadi milik dia selayaknya. 

3.      Ajal tak kenal usia atau kesihatan seseorang

Sometimes last year, saya pernah tulis pasal kenalan suami who died suddenly with no sign of critical illness. Arwah seorang yang sihat, sangat fit and athletic. Siapa sangka subuh hari tu would be the last time his wife saw him alive and well? Masih terngiang di telinga saya kata-kata anak sulungnya who was only 8 at that time, “Daddy is no longer around” yang diungkapkan during his funeral. Oleh sebab kite semua ni tak tau bile kite akan dijemput balik la kite kene buat perancangan supaya kite tak mati beragan.  Bak kate kenalan non Muslim saya “we need to plan so that we don’t regret going”. I have to agree with her on this sebab macam point pertama tadi, when you’re 7 feet under, dah takde gune menyesal. You’re no longer in the capacity to do anything. At the very least, bile dah buat perancangan, you have a peace of mind, knowing that you’ve made plans memastikan kebajikan anak isteri yang ditinggalkan terus terpelihara.    
That’s enough rambling for tonight.
#DiariWardina

Comments

Popular Posts